Zakar Pemandu Uber Cuba Diramas Penumpang Gatal?

Posted on

KUALA LUMPUR – Kisah pemandu Uber biadab melakukan jenayah serangan seksual terhadap pelanggan wanita pernah tular di seluruh dunia malah ada juga kes yang berlaku di Malaysia.

Namun lain pula kisah kali ini apabila seorang pemandu perkhidmatan e-hailing itu mendakwa dicabul oleh penumpangnya sendiri dalam kejadian di Lebuh Raya Maju Expressway Sdn. Bhd. (MEX), di sini pagi Sabtu.

Lebih parah, insiden pelik tersebut melibatkan Pengerusi Persatuan Pemandu Uber, Grabcar dan Zepp On, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail sendiri yang kemudian membuat laporan di balai polis Sri Petaling di ibu negara.

Dalam kejadian pukul 9.58 pagi tersebut, mangsa yang berusia 41 tahun itu pada mulanya mengambil penumpang lelaki berkenaan dari Jalan Klang Lama untuk dihantar ke sebuah kondominium di Sri Petaling, dekat sini.

Bagaimanapun menurut Syed Rosli, ketika dalam perjalanan ke Endah Ria Condomonium itu, penumpang tersebut tiba-tiba mengambil kesempatan apabila bertindak nekad dengan sengaja cuba memegang kemaluannya pula.

“Saya terkejut dan segera marah sebelum angkat tangannya, saya tanya apa dia buat tetapi lelaki itu cuma senyum. Bagaimanapun saya meneruskan pemanduan sehingga tiba ke kondominium berkenaan walaupun berasa takut.

“Setelah tiba, lelaki itu hanya keluar dari kenderaan saya tanpa berkata apa-apa. Dia tidak membayar tambang secara tunai kerana menggunakan transaksi kad kredit,” kata Syed Rosli yang dipetik pelbagai media hari ini.

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sri Petaling.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *