Yayasan Bank Rakyat Agihkan RM90 Juta Untuk Biasiswa Pelajar

Posted on

KUALA LUMPUR – Yayasan Bank Rakyat (YBR) hingga 31 Dis tahun lalu, telah menaja lebih 3,000 pelajar di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negeri dengan nilai RM90 juta.

Pengerusi YBR Tan Sri Shukry Mohd Salleh berkata, ini mencerminkan komitmen yayasan untuk membantu warga Malaysia yang kurang bernasib baik, para ahli Bank Rakyat dan anak-anak mereka dalam bidang pelajaran dan pembangunan modal insan.

‘’Pada masa ini, kami mengendalikan program seperti Didik Rakyat, Tuisyen Rakyat, Bakat Rakyat, Lestari Rakyat dan Kembara Muda Rakyat,’’ katanya ketika merasmikan pembukaan persidangan antarabangsa mengenai bandaraya lestari, komuniti dan rakan kongsi bagi matlamat pembangunan mampan di sini hari ini.

Beliau berkata, YBR yang ditubuhkan pada Oktober 2008 akan terus relevan dalam suasana pembangunan modal insan yang amat kompetitif dan sentiasa berubah, terutama yang telah menjadi lebih global dan pelbagai berikutan wujudnya automasi, media sosial dan teknologi digital.
Persidangan tiga hari itu berakhir Sabtu. – BERNAMA

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *