Wawa, anak ubat sepi Aeril

Posted on

Dalam pada orang lain bergembira menyambut Aidilfitri lalu bersama ibu bapa, tidak bagi pelakon Aeril Zafrel.

Menurut pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap ini, sudah lapan tahun dia tidak merasai nikmat beraya bersama kedua-dua ibu bapa apabila mereka terlebih dahulu dijemput menghadap Ilahi.

Bagaimanapun, kesunyian Aeril terubat sejak berkahwin dengan Wawa Zainal dan dikurniakan dua cahaya mata.

“Sejak dikurniakan anak, saya semakin menghargai masa sebagai ibu bapa. Memandangkan sudah lapan tahun saya hidup tanpa orang tua, sedikit sebanyak terasa kesunyian itu terutama ketika menyambut lebaran.

“Jadi, apa saya cuba lakukan adalah dengan memberi sepenuh kasih sayang kepada anak. Saya sedaya upaya memenuhi permintaan mereka. Kalau boleh dalam apa keadaan sekali pun saya ingin menggembirakan mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *