“Warga KL kurang patriotik” – Ku Nan kesal sikap sambil lewa warga Wilayah Persekutuan, namun minta pemberian Jalur Gemilang percuma kepada warga kota dikurangkan

Posted on

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kesal dengan sikap sambil lewa dan kurang semangat patriotisme warga Wilayah Persekutuan dalam menyemarakkan bulan kebangsaan negara.

“Warga KL kurang patriotik” – Ku Nan kesal sikap sambil lewa warga Wilayah Persekutuan, namun minta pemberian Jalur Gemilang percuma kepada warga kota dikurangkan

Justeru, beliau menyeru seluruh warga kota mengibarkan Jalur Gemilang sebagai menunjukkan tanda kasih dan cintakan negara sempena Hari Kebangsaan ke-60 tahun ini. 

“Saya rayu semua warga Wilayah Persekutuan kibarkanlah bendera Malaysia di kediaman masing-masing dan peniaga-peniaga juga pasanglah bendera yang diberi di premis masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti Ceria ‘Jom Bantu Rakyat’ di sini hari ini.

Bagaimanapun, Tengku Adnan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar mengurangkan jumlah pemberian Jalur Gemilang secara percuma kepada warga kota.

“Warga kota dilihat tidak menghargai pemberian bendera oleh DBKL, daripada membazir lebih baik kita kurangkan jumlah itu,” katanya.

Sebanyak 34 agensi kerajaan antaranya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, JobsMalaysia dan Institut Kemahiran Belia Negara menyertai Karnival Komuniti Ceria bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat. — Bernama

Sumber: Malay Mail

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *