Wanita Dipenjara Hasut Teman Lelaki Bunuh Diri

Posted on

NEW YORK – Seorang wanita Amerika Syarikat berusia 20 tahun perlu menjalani hukuman penjara 15 bulan daripada dua tahun setengah yang dijatuhkan ke atasnya kerana menggalakkan teman lelakinya membunuh diri.

Michelle Carter menangis ketika mendengar hukuman ke atasnya berhubung kematian Conrad Roy, yang meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida pada Julai 2014.

Dalam kes luar biasa yang dilihat sebagai permulaan baru di negeri yang tiada undang-undang menentang sokongan membunuh diri, Carter bertukar ratusan mesej teks dengan Roy, berulang kali menggesa mangsa meneruskan rancangan membunuh diri dan menyembunyikan daripada pengetahuan ibu bapanya.

Peguam menegaskan Carter, yang berusia 17 tahun ketika itu, mengalami gangguan kemurungan, mengambil ubat antikemurungan dan mengalami masalah pemakanan, yang mengaburi penilaiannya.

Dia berhadapan hukuman penjara 20 tahun ketika hukuman dijatuhkan di mahkamah juvana di Taunton, selatan Boston.

Namun Hakim Lawrence Moniz, yang mensabitkan Carter membunuh tanpa niat secara suka rela pada Jun, berkata penting menyeimbangkan hukuman dan proses pemulihan bagi peranannya dalam kes kematian Roy yang berlaku dalam trak pikap di tempat letak kereta.

Moniz berkata, selepas 15 bulan di dalam penjara, baki hukumannya digantung sehingga 1 Ogos 2022.

Hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan. – AFP/BH ONLINE

[embedded content]

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *