Wanita Buta Sebelah Mata Selepas Habiskan Masa Seharian Main Game di Telefon Pintar

Posted on

Seorang wanita berusia 21 tahun di Guandong buta sebelah matanya selepas dia menghabiskan masa selama sehari untuk bermain permainan telefon pintar di telefonnya.

Selepas dia menghabiskan berjam-jam bermain di rumah ibu bapanya, dia mulai sedar petang itu bahawa dia tidak dapat melihat menerusi sebelah matanya.

Dia kemudiannya dibawa ke hospital untuk berjumpa doktor namun doktor tidak dapat memberitahu secara tepat punca masalah.

Empat hari kemudian, doktor akhirnya membuat diagnos terhadap bahagian arteri retina di mata kanan wanita berkenaan.

Menurut Shanghaiist, keadaan wanita itu biasanya selalui dikaitkan dengan kehilangan pandangan dalam kalangan orang tua. Namun bagi wanita ini, ia berlaku kerana ketegangan mata yang teruk, yang berkemungkinan besar disebabkan oleh dia bermain game terlalu lama tanpa rehat.

“Di hari saya tidak bekerja, biasanya saya akan bangun pada jam 6 pagi, makan sarapan dan bermain sehingga 4 petang,” kata wanita itu sebagaimana lapor South China Morning Post.

“Selepas itu saya akan makan sedikit, tidur sebentar dan sambung bermain sampai 1 pagi.”

Kata wanita terbabit juga, dia menyesal tidak mendengar nasihat ibu bapanya yang selalu memberi amaran kerana dia bermain permainan telefon berlebihan.

Sumber: Shanghaiist

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *