‘Wajah’ masa depan Anis

Posted on

Meskipun usia perkenalan mereka tidak lama, apabila sudah ada keserasian dan persefahaman, tiada apa yang dapat menghalang hasrat Anis Al-Idrus, 29 dan Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim, 35, untuk berkongsi hidup sehingga ke akhir hayat.

Dengan restu keluarga kedua-dua pihak, pasangan sama cantik sama padan itu selamat diijabkabulkan Jumaat lalu di Shah Alam.

Anis yang juga pelakon dan pengacara adalah anak tunggal dalam keluarganya lalu dia berharap Rafzan atau lebih mesra dipanggil Aiman dapat menjadi ‘penjaga’ dan pelindung serta membawa kebahagiaan dalam hidupnya.

Dia yang pernah dua kali putus cinta berkata, sebaik saja berkenalan dengan Aiman pada Januari lalu terus terdetik di hati lelaki itu adalah calon terbaik untuk menjadi pendamping hidupnya.

“Allah SWT sudah menyusun perjalanan hidup hamba-Nya dengan cantik dan apabila terpandang saja wajah Aiman, terus terbuka hati saya untuk memikirkan masa depan. Perasaan itu datang dengan sendirinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *