Video: Wanita Potong Kemaluan Kekasih.

Posted on

India – Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila kemaluannya telah dipotong oleh kekasihnya sendiri selepas wanita tersebut mengetahui bahawa mangsa akan berkahwin dengan wanita lain.

Menurut laporan Daily Mail, mangsa yang dikenali sebagai Irshad berusia 26 tahun telah berjumpa dengan kekasihnya itu yang berusia 30 tahun buat kai terakhir sebelum dia akan dikahwinkan dengan wanita pilihan ibu bapanya.

Suspek dilaporkan pada mulanya telah mengajak mangsa untuk berjumpanya di sebuah rumah tumpangan di Kattipuram, India.

Ketika mangsa berjumpa dengan suspek, mangsa dikatakan telah diserang oleh suspek dengan menggunakan pisau.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada Selasa yang lalu dimana suspek dikatakan telah memotong kemaluan mangsa dengan menggunakan pisau.

Mangsa yang telah diserang secara tiba-tiba bagaimanapun terkejut dengan tindakan kekasihnya itu dan menjerit dengan kuat akibat kesakitan yang dialaminya itu.

Mangsa bagaimanapun telah diselamatkan oleh beberapa penghuni berhampiran yang terdengar suara jeritan mangsa lalu bergegas mendapatkannya sebelum menemui lelaki itu dalam keadaan berlumuran darah.

Bimbang melihat kecederaan mangsa, mereka terus mengejarkannya ke Hospital MIMS di Kozhikode bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Video menunjukkan mangsa terbaring di katil hospital sambil menunjukkan mangsa masih mampu melindungi wajahnya daripada dirakam dengan telefon bimbit.

Menurut sumber polis berkata, “Mangsa sedang menerima rawatan di Hospital MIMS buat masa ini. Sebelum itu dia berada di rumah tumpangan itu bersama dengan suspek.

Kami telah menahan reman suspek untuk membantu siasatan,” katanya.

loading…

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *