Video sekumpulan tentera tunggu giliran ditendang pegawai senior sudah pernah viral dulu, kini viral lagi

Posted on

PETALING JAYA: Sebuah video sekumpulan pegawai tentera menunggu giliran untuk ditendang di bahagian perut yang pernah tular dua tahun lalu sekali lagi mendapat perhatian netizen.

Video sekumpulan tentera tunggu giliran ditendang pegawai senior sudah pernah viral dulu, kini viral lagi

Video sekumpulan tentera tunggu giliran ditendang pegawai senior sudah pernah viral dulu, kini viral lagi

Rakaman berdurasi tiga minit itu menunjukkan pelatih tentera tanpa baju berdiri dalam barisan sebelum setiap seorang daripada mereka  ditendang oleh pegawai yang kelihatan lebih senior dan memiliki fizikal lebih besar.

Dalam video yang dipercayai dirakam di dalam hutan yang tidak diketahui lokasinya, beberapa pegawai kedengaran bertutur dalam bahasa Melayu.

Ia sekali lagi tular menerusi aplikasi Whatsapp susulan berita kematian dua tentera laut selepas mengikuti sesi latihan fizikal di Sitiawan, Perak pada Jumaat lalu.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *