Video Pengantin Terjun Dengan Pakaian Pengantin Hampir Lemas

Posted on

KERANA terlalu gembira, seorang pengantin perempuan membuat keputusan `bijak’ untuk terjun ke dalam air tanpa menyedari baju pengantin yang dipakainya itu akan menjadi berat

KERANA terlalu gembira, seorang pengantin perempuan membuat keputusan `bijak’ untuk terjun ke dalam air tanpa menyedari baju pengantin yang dipakainya itu akan menjadi berat apabila ia menyerap air.

Keadaan ini mengakibatkan pengantin perempuan yang tidak dinamakan itu hampir tenggelam selama 27 saat sebelum lima orang yang lain terpaksa terjun untuk menyelamatkannya.
Ketika itu, kamera dirakamkan kepadanya dan video rakaman tersebut telah dimuatnaik dalam media sosial.
Pada mulanya, ketika dia terjun, pemandangan tersebut memang menarik untuk dirakamkan namun tidak lama kemudian apabila baju pengantin terbabit telah menyerap air, maka bermulah episode mengejutkan itu.Suara panik daripada tetamu kedengaran dalam video tersebut.
Meskipun tiada apa yang berlaku ke atas wanita itu namun dia kelihatan menggeletar, mungkin terkejut dengan kejadian yang menimpanya pada hari bahagianya sendiri. Majlis perkahwinan itu dipercayai diadakan di Amerika Syarikat

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *