Video Muzik Lagu ‘Pejamkan Mata’ Buat Bulu Roma Meremang

Posted on
Video Muzik Lagu 'Pejamkan Mata' Buat Bulu Roma Meremang

Gambar: YouTube Warner Music Malaysia

Masih terngiang-ngiang di telinga anda lagu berhantu Pejamkan Mata dari Malique gandingan Dayang Nurfaizah? Lagu yang mula dikeluarkan pada bulan Disember 2016 menerusi album Malique – TKO: Pejamkan Mata ini nampaknya selagi lagi bertakhta di hati kita apabila Warner Music Malaysia telah mengeluarkan video muzik lagu Pejamkan Mata hasil arahan Zul dari produksi Luey Motion Lab.

Baru sahaja disiarkan 15 jam yang lalu, video muzik ini telah mendapat hampir 60,000 tontonan dan berada di tangga ke-12 carta trending di YouTube. Seindah liriknya, ia sarat mesej positif dalam pelbagai pancaroba hari ini. Selain dari penampilan penuh penghayatan dari Dayang Nurfaizah dengan wajahnya ditatarias oleh Khir Khalid dan persalinan indah dari Datuk Rizalman Ibrahim, video muzik ini turut menampilkan pelakon hebat Malaysia seperti Beto Kusyairi, Uqasha Senrose, Johan As’ari dan pelakon cilik, Nik Adam Mika.

Video berdurasi 4 minit ini menceritakan keadaan di dalam sebuah bas dimana terdapat tiga situasi yang sering menjadi buah mulut masyarakat seperti kes buli, dadah, tekanan di tempat kerja serta isu pelacuran. Tidak kira sama ada dewasa, kanak-kanak, lelaki atau wanita, setiap satunya berdepan dengan kepincangan sehingga pada satu tahap membuatkan diri anda bangkit dan berhadapan dengan segala masalah itu.

Jika anda masih belum menonton video muzik ini, mari kita saksikan:

[embedded content]

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *