Video Mangsa Penderaan, Warga Emas Dipijak, Disepak, Dipukul Dengan Kejam Oleh Seorang Wanita Yang Dipercayai Anaknya

Posted on

Satu rakaman video yang memaparkan seorang wanita sedang memukul seorang lelaki warga emas dengan sebatang kayu panjang, menyepak dan memijaknya kini sedang tular di media sosial.

Melalui rakaman tersebut, kelihatan seorang wanita berbangsa India memukul lelaki warga emas itu yang dikatakan bapa kepada wanita berkenaan.

Tidak dapat dipastikan di mana dan bilakah kejadian itu berlaku. Ada yang mengatakan rakaman video berkenaan telah dirakamkan di luar negara, namun tiada kesahihan tentang berita berkenaan.

Rata-rata netizen yang telah meonton rakaman tersebut turut menyifatkan wanita berkenaan tidak berperikemanusiaan dan dianggap sangat kejam kerana tindakannya menyepak, memijak dan memukul warga emas terbabit.

Menurut komen salah seorang netizen, mengapakah lelaki tua itu diperlakukan sebegitu rupa, biarlah apa sekalipun kesilapannya, dia tidak sepatutnya dibuat begitu dan lelaki itu kelihatan uzur, tergamaknya seorang anak memukul ayahnya seperti binatang. Adalah lebi baik jika wanita dihumbankan ke dalam penjara, katanya.

Netizen lain pula, wanita ini menghadapi masalah mental yang teruk dan mungkin tertekan dengan keadaan semasa yang mendorong dia berbuat begitu kepada warga emas terbabit. Sesiapapun lelaki tersebut, dia memerlukan pembelaan di atas apa yang telah wanita itu lakukan padanya. – Koleksi Viral

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *