Video: Lepas taranum masuk gaji, lelaki ini buat lagi dengan taranum Selangor menang!

Posted on

Selepas tular video taranum masuk gaji, seorang pemuda kembali beraksi semasa berlangsungnya perlawanan Liga Super antara Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu malam.

Video: Lepas taranum masuk gaji, lelaki ini buat lagi dengan taranum Selangor menang!

Video: Lepas taranum masuk gaji, lelaki ini buat lagi dengan taranum Selangor menang!

Selangor menewaskan JDT dengan 2-1 pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

“Syukran (syukur) malam ini Selangor menang. Mari semua kita minum dekat mamak,” kata Irwan Effendy Bahtiar, 35, atau lebih dikenali sebagai Rocco menerusi video ‘Taranum Selangor Menang’.

[embedded content]

Pemuda yang berasal dari Kajang ini semakin dikenali apabila video taranum sebagai tanda kesyukuran kerana mendapat gaji menjadi tular di media sosial.

Sebelum itu, terdapat video yang dirakamkan semasa rehat separuh masa di stadium apabila Rocco ‘bertaranum’ memberi sokongan kepada pasukan Selangor.

Taranum viva Red GiantsDi saat Selangor ketinggalan 1 gol..kami penyokong Red Giants tetap bernyanyi lagu semangat Selangor berentak Despacito.Sebaik ternampak kelibat Andik yang terus memanaskan badan di belakang gol..qalbu ini terus berkata: Ya, Andik Bisa!Alhamdulillah Ramalanku Benar Belaka.https://youtu.be/CroeoHmetGUhttps://youtu.be/PStGVguFXH0sponsor kental#pandomohorhttps://www.facebook.com/PandoMohor

Posted by Rocco Al Mubarak on 5hb Ogos 2017

“Jangan give up (mengalah)… Andik masuk kasi settle (gol),” katanya menerusi video ‘Taranum Viva Red Giants’ yang merujuk kepada pemain Andik Vermansah.

Bagaikan menepati ramalan, pemain sandaran Selangor itu kemudiannya menjaringkan gol kedua buat Selangor pada minit ke-78 selepas gol pertama oleh Amri Yahyah pada minit ke-59.

Walaupun tewas kepada Selangor, JDT merangkul kejuaraan Liga Super buat kali keempat berturut-turut menerusi kelebihan 11 mata berbanding pencabar terdekat, Kedah dengan tiga baki perlawanan.

Rocco berkata, dua video taranum terbaharu itu adalah atas permintaan ramai terutama pengikutnya di laman sosial supaya ia dibuat pada aksi Selangor-JDT.

Katanya, pembikinannya masih mengikut skrip tetapi dibuat secara ringkas berikutan perlawanan masih berlangsung ketika itu.

Ditanya sama ada penyokong-penyokong bola yang lain menyedari video ‘taranum’ itu dirakamkan, Rocco berkata, keadaan di stadium terlalu bising dan masing-masing lebih memberi perhatian mengenai perlawanan.

“Jadi, biarlah pembikinan video ‘taranum’ ini terus menjadi tanda-tanya kerana masih belum didedahkan mengenai rahsianya,” katanya kepada mStar Online.

Rocco dalam video ‘taranum masuk gaji’ yang tular di media sosial.

Pada Selasa lalu, mStar Online melaporkan pendedahan Rocco bahawa dia sebenarnya hanya membuat pergerakan mulut berdasarkan taranum yang dilakukan individu lain. 

“Suara bertaranum yang anda dengar itu bukanlah suara saya. Suara saya yang sebenar adalah serak-serak sedikit.

“Apa yang saya buat ketika rakaman itu hanyalah mengikut skrip. Saya sekadar miming(membuat pergerakan mulut),” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai JDT menjadi juara Liga Super walaupun tewas kepada Selangor, Rocco berkata, kemenangan pasukan Red Giants cukup membanggakan.

“Saya tetap menyokong Selangor sama ada menang atau kalah. Biarlah Selangor tumpukan pada Piala Malaysia memandangkan itulah tradisinya selama ni,” katanya yang merujuk kepada Selangor sebagai juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali dengan yang terakhir pada 2015.

Sumber: Mstar

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *