Video: Lahanat Punya Penyamun!

Posted on

KOTA BHARU – Cubaan empat lelaki untuk memecah masuh sebuah rumah di sebuah taman perumahan di sini gagal apabila kegiatan mereka disedari pemilik rumah.

Dalam kejadian pada Selasa kira-kira jam 11 pagi itu, suspek yang menaiki kenderaan jenis Perodua Viva itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perumah berkenaan.

Menerusi rakaman, dua suspek pada mulanya dilihat cuba memotong kunci mangga pintu pagar utama dengan menggunakan pemotong besi, namun tidak berjaya.

Lantas membuatkan kedua lelaki itu memanjat pagar berkenaan sebelum diikuti oleh seorang lagi individu.

[embedded content]

Namun ‘tuah’ mereka tidak berpanjangan apabila kegiatan mereka disedari pemilik rumah yang terus bergegas menuju ke rumahnya.

Pemilik rumah terbabit yang memandu Perodua Myvi berwarna kuning cuba menghalang kenderaan penjenayah namun terpaksa beredar ekoran diancam suspek.

Perkongsian rakaman video itu mendapat perhatian daripada netizen yang terkejut melihatkan tindakan penjenayah yang selamba memecah masuk di waktu siang.

Seorang netizen turut berkongsikan pengetahuannya mengenai kumpulan individu ini yang dikatakan sering memecah masuk rumah di beberapa kawasan perumahan di kawasan itu.

Menurutnya, no plat yang digunakan penjenayah itu, ‘DCA 3321’ merupakan no pendaftaran kenderaan rakan sepejabatnya.

“No plat kereta kawan saing seopis tu, memang kerja gila punya penjenayah. Kalau trace no plat DCA 3321 pun tak keluar kereta viva,” katanya.

Difahamkan, kejadian telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan polis kini telah membuka kertas siasatan. -MYNEWSHUB.CC

Loading…

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *