Video: Kalau Dah Bodoh, Lelaki Terperangkap Pada Rel Besi

Posted on

Seorang lelaki terperangkap pada rel besi di tepi jalan apabila cuba menyelit di celahnya selepas melintas di tempat yang tidak sepatutnya.

Seorang lelaki terperangkap pada rel besi di tepi jalan apabila cuba menyelit di celahnya selepas melintas di tempat yang tidak sepatutnya.

Lima anggota polis terpaksa dikerah untuk melepaskannya.

Rakaman kamera keselamatan di Bozhou, wilayah Anhui Beijing itu merakam lelaki berkenaan melintas jalan pada awal Ahad lalu dan cuba menyelit di celah rel yang tidak tinggi dan boleh dilangkah.

Malangnya dia terperangkap dan dilihat berulang kali cuba melepaskan diri, tetapi gagal.

Dia bernasib baik apabila seorang pemandu kereta lelaki ternampak dia tersekat di situ dan telah menguhubungi polis untuk dapatkan bantuan.

Video ini telah menjadi tular di media sosial dan beliau mendapat kecaman, rata-rata netizen menganggap lelaki ini pentingkan diri.-Harian Metro

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *