(VIDEO) Isteri Mengandung Penat Berjalan, Si Suami Tolong Urut Kaki Biarpun di Tempat Awam, Netizen Menyifatkan Wanita Itu Bertuah Memiliki Suami Yang Penyayang Seperti Itu..

Posted on

Tak ramai lelaki yang bergelar suami akan melakukan perkara ini.

Mengandung mungkin satu keajaiban yang dapat dirasai oleh wanita. Nikmat membawa ‘masa hadapan’ keluarga mungkin tidak dapat digambarkan dengan perkataan namun begitu tetap memenatkan.


Apabila perut mula membesar, mulalah kita dengar rungutan dari isteri yang kakinya sudah mula membengkak, sakit badan dan lain-lain. Tapi begitu, apa yang mereka perlukan cuma rehat seketika, atau urutan ringan dari suami tersayang – kalau boleh.

Bagaimanapun, lelaki di dalam video dibawah nampaknya sangat memahami isterinya. Lebih menarik, dia langsung tidak mengendahkan orang di sekeliling memerhati – apa yang paling penting baginya adalah isterinya yang sedang mengandung berada dalam keadaan baik.


Lelaki terbabit membeiarkan si isteri duduk diatas tangga buat seketika sebelum menanggalkan kasut dan memberikannya urutan kaki yang kelihatan sangat menyelesakan wanita berkenaan.

Gelagat pasangan itu terakam oleh satu video ringkas sebelum dimuat naik di media sosial. Ramai yang menyifatkan wanita itu bertuah kerana memiliki suami yang penyayang seperti itu.


Difahamkan, video itu diambil pada bulan April tahun ini dan berlaku di luar negara.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *