[UPDATE] 250 rumah jadi abu

Posted on

JUMLAH rumah yang terbakar di Kampung Hidayat, Batu Empat, Tawau meningkat dan dianggarkan lebih 250 rumah.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau berkata, keluasan anggaran kebakaran turut meningkat kepada lebih 4,000 meter persegi.

Katanya, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.11 petang,mengarahkan lebih 30 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Semporna dan Kunak ke lokasi kejadian.

“Api dapat dikawal pada jam 5.11 petang dan kebakaran membabitkan 250 rumah dengan keluasan 4,000 meter persegi.

“Jumlah mangsa terbabit belum diketahui,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, operasi memadam api sepenuhnya masih dijalankan sehingga jam 6 petang.

Tiada laporan mangsa yang terperangkap atau mengalami kecederaan.

Difahamkan, Penduduk yang terjejas dianggarkan 1,500.

Jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *