Ucapan Lee Tertumpu Kepada Tiga Isu NDR2017

Posted on

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong akan memberi tumpuan kepada tiga isu – pra sekolah yang lebih baik, menangani diabetes, dan membina Negara Pintar – semasa berucap pada Perhimpunan Hari Kebangsaan 2017 (NDR2017) .

Perhimpunan tahun ini seperti lazimnya beliau akan menyampaikan ucapannya dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris akan diadakan di Institute of Technical Education (ITE) College Central, Ang Mo Kio, di sini pada 20 Ogos.

Lee sebelumnya telah menyentuh secara ringkas mengenai tiga topik yang menurut beliau “akan memberi manfaat dalam jangka panjang dan membolehkan Singapura untuk bermula dengan langkah betul, kekal sihat dan bekerja secara bijak”, dalam ucapan Hari Kebangsaan 2017 pada 8 Ogos.

Singapura menyambut Hari Kebangsaannya ke-52 pada 9 Ogos.

“Saya akan lebih memberi tumpuan kepada ketiga-tiga isu ini pada Perhimpunan Hari Kebangsaan. Kita perlu melihat ke hadapan dan membina untuk generasi akan datang, seperti nenek moyang kita memandang ke hadapan dan membangunkan untuk kita” kata Lee dalam Perutusan Hari Kebangsaan yang dirakam berlaterbelakangkan Bay East Garden, bahagian timur Gardens by the Bay iaitu taman tumbuh-tumbuhan indah yang berada di bawah satu kubah.

** Bay East Garden menjadi pilihan kerana ia baru sahaja dipilih oleh majoriti lebih 32,000 rakyat Singapura sebagai tapak untuk Founders’ Memorial,  memorial untuk memperingati pemimpin perintis Singapura.

** Ia akan dibuka kepada orang ramai menjelang 2025, sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60.

“Apabila Jawatakuasa Founders’ Memorial meminta pandangan orang ramai mengenai tapak Founders’ Memorial, majoriti anda menyokong pemilihan Bay East.

“Ini adalah pilihan yang bijak, yang diterima oleh kerajaan,” kata Perdana Menteri.

“Di sini, di East Bay, kita dapat melihat bagaimana ini telah memanfaatkan Singapura dan bagaimana generasi kita boleh terus berbuat demikian,” kata beliau.

Menurut Lee, apabila Singapura mencapai kemerdekaan, tapak itu adalah laut terbuka.

“Tetapi apabila melihat menjangkaui pantai, pemimpin pengasas kita tidak hanya melihat air dan kekangan geografi. Mereka membayangkan kawasan komersil, kediaman yang sibuk dan gaya hidup hab, pusat bandar baharu yang bertenaga bagi bandaraya.

“Jadi dekad demi dekad, kami melakukan penambakan tanah dan membangunkan Marina Central, Marina South dan Marina East,dan mentransformasi wawasan itu menjadi kenyataan.

“Hari ini, kita mempunyai pusat kewangan baharu di Marina South. Kita mempunyai Marina Barrage dan Gardens by the Bay. Kami berbangga dengan mercu tanda Marina Bay, yang diiktiraf dan dikagumi di seluruh dunia,” kata beliau.

“Di sini, apabila memandang merentangi Bay dan kawasan melewatinya, kita boleh mengimbau nilai-nilai pemimpin pengasas kita, menyaksikan apa yang telah mereka bina, dan memberi komitmen untuk terus membangunkan Singapura,” kata Lee.

Lee mengimbas apa yang Bapa Pengasas Singapura Lee Kuan Yew pernah berkata : “Akhirnya, kepada siapakah kita terhutang obligasi yang tidak terhingga sebagai kerajaan?”

Dan jawapannya sendiri adalah: “Untuk masa depan, Bukan sahaja untuk masa kini; Sudah tentu tidak kepada masa lampau.”

“Ini adalah semangat Singapura. Sentiasa melihat ke hadapan, dan mendahului supaya apabila masa akan datang tiba, ita bersedia untuk melaluinya.

“Begitulah bagaimana ita sampai di sini. Inilah yang perlu terus melakukan bersama, membuka peluang-peluang baharu untuk kita dan anak-anak kita,” kata beliau. – BERNAMA

[embedded content]

Artikel berkaitan untuk dibaca :

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *