Tunggu 26 tahun

Posted on

Berbaki kira-kira dua minggu saja lagi, ‘Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017’ dijangka bakal menggegarkan Stadium Negara, pada 5 Ogos ini.

Kembali beraksi di lokasi yang pernah mengukir nostalgia tersendiri menerusi Konsert Sinaran pada 1991, diva jaz dan R&B Malaysia, Datuk Sheila Majid bersedia untuk berkongsi pengalaman tiga dekadnya itu kelak.

Konsert Sinaran 1991, bukan sekadar pementasan biasa, tetapi simbolik penyatuan kaum yang bersatu dengan muzik dan irama alunan Sheila.

Sehingga kini, tidak keterlaluan dikatakan belum ada mana-mana senior mampu menandingi keupayaan Sheila dalam mencetuskan semangat nasionalisme yang besar melalui muzik.

“Saya sangat teruja kerana dapat kembali beraksi di Stadium Negara selepas 26 tahun tidak mengadakan konsert berskala besar seperti Sinaran 1991.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *