Tunafoto ganti photobomb? Lelaki ini tampil perjelas mengapa perkataan ‘Tuna’ digunakan & ia langsung tiada kena mengena dengan ikan

Posted on
Tunafoto ganti photobomb? Lelaki ini tampil perjelas mengapa perkataan 'Tuna' digunakan & ia langsung tiada kena mengena dengan ikan

Tunafoto ganti photobomb? Lelaki ini tampil perjelas mengapa perkataan ‘Tuna’ digunakan & ia langsung tiada kena mengena dengan ikan

Sejak perkataan tunafoto mula dihebahkan sebagai ‘photobomb’ dalam versi bahasa Malaysia, ramai dalam kalangan orang Malaysia mempersoalkan pakar bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka yang tidak pasal-pasal mengguna nama ikan dan foto sebagai ganti ‘photobomb’.

Tak kurang juga ada dalam kalangan rakyat yang mempersendakan sehingga ada yang meletakkan gambar ikan tuna di dalam foto mereka.

Seorang pencinta bahasa, Ayman Rashdan Wong, merasa kesal dengan tindakan beberapa pihak yang tidak berapa arif dalam penggunaan bahasa tapi terus mengkritik dan mempersenda usaha Dewan Bahasa dan Pustaka tanpa usul periksa dahulu.

Menulis dalam bahasa Inggeris, Ayman berkata:

Normal bagi orang ramai untuk gelakkan perkataan ‘tunafoto’. Saya sendiri pun tak dapat tahan dari tergelak sedikit tentangnya. Ada juga orang lain yang lebih selesa menggunakan ‘photobomb’ dari tunafoto, saya tak kisah dengan perkara itu, ” tulis Ayman.

“Tetapi tidak baik untuk mempersendakan dan merendah-rendahkan usaha DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) untuk mempromosi bahasa kebangssan. (Jadi), anda mesti seorang yang pakar dalam bahasa Melayu dan seorang yang linguistik kerana begitu yakin mempersendakan DBP.


“‘A’ untuk bahasa Melayu dalam SPM tidak cukup untuk anda (membenarkan) bercakap seperti seorang pro. Anda mesti berpengalaman dalam kesusasteraan Melayu klasik seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis atau syair Hamzah Fansuri supaya anda boleh mencabar pakar linguistik di DBP.


“Seorang pakar dalam bahasa Melayu dan linguistik tidak akan gagal untuk menyedari penggunaan perkataan “tuna” dalam teks-teks Melayu klasik, seperti yang ada dalam “Sejarah Tuanku Batu Badan”:


Inilah cap Pagaruyung disalin kepada tempat ini sebab sudah tuna tempatnya jadi disalin kepada kitab ini adanya.

Menurut Ayman lagi, “Tuna” adalah satu contoh perkataan imbuhan hadapan dalam bahasa Melayu bagi mengekspressikan sesuatu benda yang tidak sempurna atau tidak cukup. Seperti contoh, “tunabudi” yang bermaksud seseorang yang kurang budi pekertinya dan “tunasusila” yang bermaksud kurang bermoral.

Contoh lain bagi imbuhan hadapan dalam bahasa Melayu termasuklah “tata-“, “maha-“, “pra-“, “pasca-” dan lain-lain, jelas Ayman.

Jadi sekarang, jelas ada sebab mengapa perkataan tuna itu digunakan. Bagi yang mempersendakan DBP, sepertinya anda silap dan siapa yang malu sekarang?

Sumber: FB Ayman

Via: SK

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *