Tular Seorang Nenek Berusia Lebih 100 Tahun Menjadi Juara Dalam Acara Sukan Larian 100 Meter

Posted on

Seorang nenek yang berusia lebih daripada 100 tahun telah mengejutkan dunia apabila dia dipercayai telah mengambil bahagian dalam satu acara sukan larian 100 meter dan telah berjaya menjadi juara dalam acara berkenaan.

Warga emas tersebut yang dikenali sebagai Man Kaur yang berusia 101 tahun telah menyertai acara sukan di dalam temasya sukan World Master Games yang kini sedang berlangsung di Auckland, New Zealand. Beliau merupakan satu-satunya peserta yang berusia 100 tahun ke atas.

Memetik laporan dari laman CNN, Man Kaur begitu teruja dan merasa begitu seronok mengambil bahagian dalam acara sukan tersebut. Dia juga telah bersungguh-sungguh menamatkan larian dalam acara 100 meter itu dengan mencatatkan masa larian selama seminit 14 saat yang menjadikannya seorang juara. Dia juga berkata akan meneruskan amalan berlari dan tidak ingin berhenti dengan begitu sahaja.

Menurut laporan berkenaan, Man Kaur menyertai acara bersukan itu bermula sejak 8 tahun yang lalu dan difahamkan dia langsung tidak mempunyai pengetahuan asas dalam sukan terbabit. Cadangan anaknya untuk menyertai World Master Games telah menjadikan beliau begitu gemar berlari selepas itu.

Anak Man Kaur juga ada memberitahu, ibunya itu sentiasa mengekalkan pengambilan makanan secara sihat dan begitu tegas dengan perkara berkaitan dengan pemakanan, malah dia juga dikatakan sering melakukan latihan berlari pada setiap hari. – Koleksi Viral

Sumber: BBC.com

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *