Tujuh polis kena tukar serta-merta [UPDATE]

Posted on

TUJUH anggota termasuk seorang ketua balai ditukarkan serta-merta selepas satu video yang tular memaparkan mereka berada di satu pusat hiburan di Muar, Johor, hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dalam kenyataan berkata, pihaknya menjalankan siasatan tatatertib sebaik menerima maklumat daripada orang ramai.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kejadian itu dan tidak akan berkompromi dengan sebarang anggota atau pegawai terbabit.

“Kami menjalankan siasatan terperinci dan telus, langkah pertukaran itu dilakukan sementara menunggu tindakan susulan.

“Tindakan tegas akan dikenakan kepada semua yang terbabit.

“Semua pegawai dan anggota PDRM perlu akur dengan kehendak integriti memartabatkan PDRM selaku penguatkuasa undang-undang utama negara,” katanya.

Video selama sembilan saat itu memaparkan sekumpulan lelaki berada di sebuah meja, dipercayai dalam pusat hiburan.

Video berkenaan dikatakan dimuat naik ke Facebook Koleksi Video Viral oleh seorang pengguna bernama Jia Xing Chen bertajuk ‘Anggota D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, berhibur bersama tokey judi haram. Terbaik. Polis dan masyarakat berpisah tiada’.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *