TUDM Tua Duda Miskin

Posted on

TUDM: Tua, Duda, Miskin

Tujuh tahun perkenalan yg sangat menyiksakan jiwa. Kisah cinta terlarang yg tiada kesudahan dek kerana beza umur kami 21 tahun, dia duda anak 3 dan kerja sendiri.

Hubungan yg pada awalnya kerana simpati bertukar cinta dan kasih sayang. Dia hadir dlm hidup ketika saya sedang bersedih kerana kecewa dgn cinta lama. Begitu juga kehadiran saya membawa sinar baru dlm hidupnya setelah bertahun2 hidup sendiri (menduda).

Pada tahun ke 3 hubungan kami saya ada membawanya bertemu dgn keluarga. Tapi malang kehadirannya disambut dgn hambar. Kedua ibu bapa saya memberi layanan acuh tak acuh. Berdasarkan perbincangan kami, mak dan ayah tak nak hubungan kami diteruskan selain hanya sekadar kawan. Alasannya krn kami xsepadan, dia terlalu tua utk aku, xberpelajaran tinggi sedang aku ada sarjana. Dia juga kerja sendiri, hidup melarat sedang aku tak pernah hidup susah. Kemudiannya faktor negeri juga menjadi salah satu alasan kerana negeri kami jauh. Akhir sekali kerana statusnya duda membuatkan mak ayah aku was2 tentang hati budinya.

Sesungguhnya perasaan cinta itu adalah anugerah terindah dari Allah. Kpd siapa untuk dicintai adalah rahsiaNya. Aku akui spnjng kami bersama byk kebaikan yg dtg dlm diri ini. Perubahan yg paling ketara adalah dari segi sahsiah dan rohani. Mungkin krn dia seorang lelaki yg beriman dan banyak menitik berat hal agama dlm kehidupan maka aku mula menjaga pemakaian dan pergaulan.

Di sini aku ingin menjawab setiap alasan yg diberikan oleh mak ayah aku sebab 7 tahun bukanlah singkat utk aku betul mengenali dan menyelidik latarbelakangnya. Tua bukanlah alasan utk menghalang hubungan kami kerana aku yg ingin hidup dengan dia bukan mak ayah saya. Kenapa perlu malu dan fikirkan kata2 masyarakat sedangkan kebahagiaan itu milik aku.

Dia tidak berpelajaran tinggi bukan sebab dia tak padai atau bodoh tapi sebab tak mampu nak sambung belajar. Dari apa yg aku perhatikan kemahiran insaniahnya jauh lebih hebat dari laki2 dlm keluarga aku (ayah dan adik2). Di rumah aku kalau boleh semua benda rosak nak panggil org utk baiki cthnya paip air, tandas dan barang2 elektrik. Jauh beza dgn kekasih aku yg mane die akan baiki sendiri, bina sendiri dan mcm2 lagilah. Dari segi pertuturan juga dia lebih sopan dan berhemah berbanding ahli kluarga aku yg memang dah biasa bercakap kasar. Lepas tu, walaupun die kerja sendiri dan tak kaya, cukuplah bagi aku die berusaha cari makan dgn cara yg halal. Sepanjang hidupnya tak pernah mengemis dan mencuri. Duit simpananya pun bagi aku cukup utk tanggung kehidupan kami sekeluarga seumur hidup. Sejak dari muda die memang rajin berusaha. Lagipun aku boleh bantu mana yg kurang.

Faktor negeri bagi aku alasan yg paling tidak kukuh. Berapa ramai org yg kawen berlainan negeri dan tak ada masalah pun. Dan ramai juga yg kawen sama negeri tp cari rezki di lain negeri. So, apakah isunya di sini?.. Kalau mak ayah aku nak aku jage die mase tua, aku boleh je tinggal dgn diorang walaupun time tu aku dah kwen dgn kekasih aku ni. sebab die tinggal sendiri, mak ayah dah takde, anak2 pun dah kerja.

Last sekali ialah alasan duda yg mana percerain itu bukan berpunca darinya. Berdasarkan cerita kelurga, die dan anak2 telah ditinggalkan. Die memang tak nak cerita kisah pahit dlm perkahwinan terdahulu. Oleh sebab itu aku sendiri yg mengorek rahsia dan cukuplah sekadar aku katakan yg aku sangat bersimpati dan turut bersedih.

Pembaca sekalian, sampai sekarang aku masih diejek dan disindir kerana memilihnya utk menjadi teman hidup. Hinakah dia dan bodoh kah aku kerana nemilihnya..

Mira

Mira Idora

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *