Trump didakwa bawa ‘isteri palsu’ ke sidang media White House

Posted on

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump, didakwa netizen membawa body double untuk menyamar sebagai isterinya, Melania, ke satu sidang media di White House, Isnin lalu.

Konspirasi itu didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Andrea Wagner Barton, menerusi satu status yang turut disertakan bersama sekeping gambar dan sebuah video sebagai bukti.

Barton melalui status itu mendakwa, cara Trump memperkenalkan Melania pada sidang media itu seolah-olah mahu membuktikan sesuatu.

“Kenapa si bodoh itu perlu memberitahu Melania ada di tepinya, sedangkan semua orang boleh nampak kehadirannya?” tulis Barton.
Status Barton itu menerima lebih 20,000 likes dan 115,000 perkongsian.

Netizen dilihat setuju dengan dakwaan Barton dengan mengemukakan satu lagi bukti, iaitu bentuk hidung wanita itu yang dikatakan berlainan dengan Melania.

Di Twitter, kata kunci #fakemelania menjadi topik perbincangan pengguna.

Antara teori mereka adalah Melania menggunakan wanita lain untuk menyamar sebagai dirinya kerana dia tidak gemar mengikuti Trump menghadiri tugasan rasmi.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *