Tomok Join Bisnes, Buka Outlet Chatime Di Shah Alam

Posted on

ARTIS dan bidang perniagaan tidak dapat dipisahkan.  Jika kebanyakan artis lebih berminat menceburkan diri dalam bisnes penjualan tudung, minyak wangi dan butik pakaian, lain halnya buat penyanyi Tomok yang memilih untuk melibatkan diri dalam bidang food and beverage (F&B).

Tomok menerusi laman Instagram kini sudah pun bergelar tauke perniagaan apabila berjaya menubuhkan cawangan terbaharu minuman bubble popular, Chatime di Aeon Shah Alam.

Semalam juga telah berlangsung majlis perasmian kiosk minumannya itu yang turut dihadiri isteri, Rahayu Abas dan dua anak lelakinya yang comel lote, Arrian dan Andra.

“Assalamualaikum dan selamat pagi…semalam merupakan satu detik istimewa untuk kami sekeluarga..hari pertama outlet saya beroperasi. 

“Siapa sangka sebelum ini saya hanya peminat minuman chatime dan sekarang memiliki franchise minuman kegemaran rakyat malaysia ini.

“Semua ini takkan berlaku atas doa ibu dan dan ayah saya..isteri dan anak-anak,keluarga,sahabat-sahabat dan semua peminat..alhamdulillah rezeki,” tulis penyanyi berusia 33 tahun ini.

Tomok juga sempat mewar-warkan kepada peminat untuk mencuba minuman di kiosknya dan yang paling best, Tomok sendiri akan mengambil pesanan minuman anda.  Buat peminat setia Tomok, apa lagi serbulah kedai dia kalau nak rasa air tangan Tomok ya! – MYNEWSHUB.CC 

[embedded content]

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *