Tingkat tahap kecergasan

Posted on

Kecergasan dilihat sebagai aspek penting dalam menentukan kesinambungan karier atlet namun sejauh mana dapat membantu mereka terutama apabila menghadapi tugasan besar seperti mewakili negara?

Di sinilah pentingnya seseorang atlet itu memiliki ‘match fitness’ (kecergasan untuk perlawanan) dan hakikat itu turut diakui Pensyarah Kanan Sains Sukan UiTM Shah Alam Mohd Sadek Mustafa.

“Match fitness ini sesuatu yang amat penting kerana membantu jurulatih menilai tahap kecergasan pemain secara fizikal yang secara asasnya membabitkan aspek seperti kardiovaskular, kekuatan, skil dan kuasa,” kata Mohd Sadek.

“Selain itu ia membabitkan penguasaan dari segi teknikal iaitu sama ada pemain dapat menyerap asas atau formasi yang diterapkan jurulatih seperti set-piece atau formasi permainan seperti 4-4-2, 3-4-3 dan 3-5-2.”

Ia juga membabitkan keserasian di antara pemain dalam sesebuah pasukan dengan setiap mereka dapat beraksi baik mengikut posisi ditugaskan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *