Tilawah cinta

Posted on

Kuala Lumpur: Sepasang suami isteri yang juga qari dan qariah dari Bosnia menjadikan saingan pada Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-59, sebagai majlis sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.

Lebih menarik Nijaz Aganhodzic, 40, dan Adisa Aganhodzic, 38, bukan diundi memperdengarkan bacaan al-Quran pada malam sama yang jatuh pada hari ulang tahun perkahwinan mereka ke-19, semalam.

Adisa berkata, dia bersungguh-sungguh memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran bagi kategori tilawah, malam semalam, sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan kepada suaminya.

“Peristiwa ini menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan, tambahan pula penyertaan kami kali pertama dalam tilawah al-Quran di luar negara.

“Kami bersama mempelajari al-Quran sejak kecil dan kami menerima ijazah dalam bidang syariah juga bersama. Insya-Allah kami mahu ke syurga juga bersama,” katanya di sebuah hotel, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *