Tiga sekeluarga satu liang

Posted on

TIGA sekeluaga yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 155 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Lanchang, dekat Temerloh, malam tadi selamat dikebumikan, 12.15 tengah hari ini.

Jenazah Permai Jaafar, 55; Nurrahimah Mustapar, 29; dan Mohd Yusof Hafiz Normanisyam, 3, dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teris, Lanchang selepas dimandi dan dikafankan di Masjid Kampung Baru Teris.

Dalam kejadian 7.20 malam itu mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) dikatakan tercampak keluar selepas kenderaan dinaiki mereka terbalik beberapa kali sebelum melanggar penunjuk arah.

Ekoran itu, mereka maut di tempat kejadian manakala enam yang lain cedera dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.

Sementara itu, suami kepada Nurrahimah, Normanisyam Mohd Norrdin, 36, berkata, ketika kejadian dia tidur di dalam kenderaan itu sebelum menyedari MPV mereka berpusing sebelum terbalik.

“Saya tidak sempat berbuat apa-apa atau menyelamatkan sesiapa kejadian berlaku sekelip mata. Saya cuba melihat mereka (ibu, isteri dan anak) namun mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

Dia yang kehilangan tiga insan tersayang dalam sekelip mata termasuk anak keduanya memberitahu, mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Teris, Lanchang dari Kuantan sebelum terbabit dalam nahas itu.

Berita berkaitan:

• Tayar pecah, 3 sekeluarga maut

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *