Tidak anggap diri senior

Posted on

Selalu berasa nyaman setiap kali menemu bual wanita ini. Sikap merendah diri dan jenaka spontannya disenangi sesiapa pun.

Amy Mastura, 46, figura seni ini selayaknya dicontohi. Dia tidak membikin kontroversi untuk popular tetapi bertahan kerana ‘attitude’ yang baik.

Mutakhir ini kerap bekerjasama dengan pendatang baru, namun pelantun popular dengan lagu Bintang Hati ini tidak pernah menjadikan status senior sebagai jurang dalam pekerjaan.

“Dalam lapangan lakonan khususnya, walaupun saya juga sudah lama berkecimpung dalam bidang ini, ilmu yang dimiliki artis baru jauh lebih hebat daripada saya.

“Sebahagian besar mereka mendapat pendidikan khusus dalam seni persembahan. Mereka bukan saja ada bakat tapi juga ‘method’ dalam lakonan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *