‘Tetamu’ larut malam

Posted on

Klang: Ratusan warga asing yang sedang tidur di dua asrama pekerja di Batu 8, Kapar, di sini, terpinga-pinga apabila menerima ‘kunjungan’ pihak berkuasa, awal pagi semalam.

Akibat panik, tiga wanita warga asing cuba melarikan diri dengan meredah kawasan semak berdekatan untuk bersembunyi.

Pemeriksaan mendapati hanya seorang daripada mereka tidak memiliki dokumen lengkap.

Itu antara gelagat dikesan Jabatan Imigresen yang memulakan operasi menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas berakhirnya tempoh permohonan kad sementara Enforcement Card (E-Kad).

Pada serbuan jam 12.30 tengah malam itu, kedegilan 51 warga asing yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan termasuk tidak memohon E-Kad mengundang padah apabila ditahan untuk tindakan lanjut.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *