Terry idam urus Chelsea

Posted on

London: Pemain baru Aston Villa, John Terry menyasarkan untuk kembali ke Chelsea selaku pengurus, satu hari nanti.

Pemain berusia 36 itu memilih kelab Liga Kejuaraan Aston Villa sebagai destinasi barunya selepas 22 tahun menabur bakti di Stamford Bridge dan berkata, dia tidak selesa untuk bermain menentang Blues.

Bercakap mengenai kemungkinan menguruskan bekas kelabnya itu seperti yang dipetik dalam beberapa akhbar tempatan, Terry berkata: “Itu impian saya. Saya dan Lamps (Frank Lampard) pernah berbincang mengenainya.

“Adakah ia impian yang terlalu besar? Saya tidak fikir anda tidak boleh mengimpikan perkara sedemikian.

“Saya sentiasa mahu menjadi yang terbaik dan jika ia berlaku dalam bidang pengurusan, saya akan memilih Chelsea. Ia pasti hebat dan saya tidak fikir anda boleh memilih kelab lain selain Chelsea sebagai destinasi pertama selaku pengurus.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *