Terlalu Gilakan Kecantikan Membuatkan Mereka Sanggup Melakukan Perkara Ini Terhadap Bibir Mereka

Posted on

Kegilaan yang pelik terhadap kecantikan telah melanda Thailand sejak lima tahun yang lalu, dengan wanita menghabiskan beribu-ribu wang untuk menjadikan bentuk bibir atas mereka seperti tanduk kerbau. Dikenali sebagai “bibir krachap”, prosedur kosmetik ini sangat dikenali di Thailand.

Dinamakan sempena buffalo nut (sejenis tumbuhan) – dikenali sebagai krachap di Thailand – kerana bentuknya, yang menyerupai bentuk kepala kerbau, prosedur kosmetik yang mencetuskan kontroversi ini telah menjadi satu ikutan dalam kalangan wanita muda sejak empat atau lima tahun yang lalu.

Tidak pasti bagaimana trend ini bermula, tetapi post di Dungdong, forum internet pembedahan plastik mendedahkan bahawa ramai yang telah membicarakan tentang bentuk atas bibir yang berbentuk seperti riben seawal tahun 2009, kerana keinginan untuk meniru rupa seorang pelakon wanita, Patcharapa “Aum” Chaichua. Tetapi ikutan ini menjadi semakin teruk sejak dua tahun yang lalu dan pakar bedah plastik terdesak untuk menghentikan keadaan ini.

Bibir krachap ini mudah dikenal pasti dengan bentuk di tengah bibir atas yang menonjol, yang dibuat dengan membuang tisu di bahagian kiri dan kanan bibir tersebut membuatkannya menjadi semakin nipis. Masalah timbul bukan pada bentuk bibir itu tetapi komplikasi yang akan timbul apabila terlalu obses.

Bibir nipis sangat terkenal di Thailand, tetapi kadangkala pembedahan itu sangat ekstrim sehinggakan bibir tidak akan bersentuhan apabila mulut ditutup, atau bibir tersebut terus lenyap apabila seseorang itu sedang senyum. Walaupun banyak laporan telah dikeluarkan tentang pembedahan plastik tersebut, namun ramai yang masih tidak berasa takut untuk berhadapan dengan pisau.
http://www.nakbebel.com/2017/05/terlalu-gilakan-kecantikan-membuatkan.html

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *