Tergamak Kamu Menghina Ibu Saya Bodoh, Sudahlah Kamu Tuduh Kami Mencuri Dan Tak Mahu Minta Maaf

Posted on

Oleh: Andrew Ho

Pada 9 Mei lalu, saya dan keluarga telah pergi ke pust membeli belah di Sunway Velocity dan kami pergi ke Domesky untu beberapa barangan sebelum membuat keputusan untuk makan malam selepas itu.

Setelah kami selesai menjamu selera, kami datang semula ke kedai tadi untuk mendapatkan barangan lain. Selepas itu kami mahu melangkah keluar dari kedai berkenaan, dua staff kedai itu mula mengekori kami dari belakang serta memanggil pengawal keselamatan untuk menahan kami.

Setelah ditahan di hadapan premis Vincci dan dua staff tadi telah menuduh kami mencuri barang di premis mereka sedangkan kami tidak tahu apa-apa.

Setelah itu, kami dibawa ke bilik kawalan lalu disiasat sementara menunggu kedatangan polis.

Selepas disiasat kami dibawa pula ke sebuah bilik mesyuarat bersebelahan dengan pusat membeli belah tersebut. Untuk pengetahuan semua, ibu saya mempunyai masalah untuk berjalan.

Kemudiannya polis membawa dua staff tadi kembali ke premis mereka untuk membuat pemeriksaan kamera lita tertutup (CCTV). Setelah 20 minit, polis datang kembali tanpa membawa kedua staff tadi serta melepas kami dan memberitahu semuanya telah selesai.

Walau bagaimanapun, kedua-dua staff berkenaan langsung tidak datang untuk meminta maaf di atas tindakan mereka yang menuduh serta menjatuhkan maruah kami, membuang masa kami dan juga menyebabkan ibu saya terpaksa berjalan jauh.

Setelah itu, kami pergi kedai itu semula untuk membuat tuntutan maaf daripada mereka di atas apa yang telah pun berlaku. Namun, menyedihkan apabila pengurus premis terbabit mengabaikan permintaan kami dan pekerjanya pula mengatakan ibu saya bodoh yang mana ianya langsung tidak dapat diterima oleh sesiapa pun.

Anda buat kesilapan besar? Tak mengapa. Anda mengesyaki kami mencuri barang? Tak mengapa. Anda telah memalukan kami sekeluarga di tempat awam? Sekurang-kurang datanglah meminta maaf. Tetapi tergamaknya kamu menghina ibu saya sedang kami langsung tidak bersalah di dalam hal ini.

Pihak polis juga telah membuat pemeriksaan melalui rakaman CCTV, mereka tidak menemui apa-apa yang kami curi dan kamu masih mahu menghina ibu saya?

Ke manakah rasa hormat yang ada dalam diri awak? Kami adalah pelanggan kamu sebelum ini dan kamu berana menghina kami sedang kami langsung tidak bersalah.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *