Terdetik mahu keluar PPIM [METROTV]

Posted on

Menyertai Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sejak lima tahun lalu, Yusuf Azmi diberi tanggungjawab oleh mentornya Datuk Nadzim Johan mengendalikan beberapa isu penting yang menjadi topik panas.

Kekecohan penipuan di Kompleks Kotaraya, kes sewa beli kereta AGR Auto Trade Sdn Bhd dan yang terbaru, isu perumahan DBI Properties dan Juta Kelulut Global Resources tiba-tiba menjadikan dirinya begitu popular dan menjadi bualan banyak pihak.

Ketika namanya melonjak terutama di media sosial, ada yang beranggapan dia sedang menjenamakan dirinya untuk menggantikan Nadzim yang begitu sinonim dengan PPIM sejak penubuhannya 20 tahun lalu dan ada yang kata dirinya cerdik tidak bertempat.

Berkongsi dengan wartawan Metro Ahad, YUSMIZAL DOLAH ALING, Yusuf yang diberi jolokan Abang Serban mendedahkan apa yang terbuku di hatinya dan menjawab isu yang dilemparkan kepadanya di dalam Kafe Ahad minggu ini.

Dapatkan berita selanjutnya di akhbar Metro Ahad hari ini

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *