Tekanan Perasaan

Posted on

Tekanan Perasaan

Hi, selalu jadi readers and share je mana yg berkait dgn life sendiri. Tiba2 rasa terpanggil utk share sebab taktahu nak luahkan dekat siapa.

Aku dah nearly 30s tapi masih bergelar pelajar, master student. With no monthly fixed income, takde kerja yg meyakinkan, malahan cuma ada bebanan hutang PTPTN zaman degree yg masih belum langsai.

In my circle, aku rasa selesa. Aku tak fikir benda remeh selain dari habiskan master aku utk GOT. Surrounded by postgrad student jugak, yg sama2 cuma harapkan elaun bulanan dan pagi petang siang malam bertungkus lumus dgn project; bila stress lepak makan; bila deadline dekat pulun tak tidur semalaman.

Aku sangat selesa.

Bila balik rumah, jumpa sedara mara pun cuma ditanya cuti sampai bila; habis belajar bila; aku tenang tanpa soalan bila nak kahwin. Mungkin ada yg tanya calonnya sudah ada? Dan jawapan aku hanyalah, duitnya saja belum ada. Mungkin kerana family background aku rata2 belajar tinggi hingga ke menara gading, kahwinnya mencecah hampir ke 30 juga. Jadi,

Aku masih rasa selesa.

Tapi, bila di social media tengok kawan yg itu bertunang; kawan yg itu sudah berkahwin; ya yg itu pula sudah mengandung! Aduh, tak lupa yg sudah beranak pinak. Aku jadi pressure! Tapi aku tak pernah bagitahu dekat sesiapa sebab aku ego, aku nak org nampak aku chill2 je umur macam ni masih sibuk belajar sedangkan kawan lain dah beratur anaknya.

Lagi pressure bila junior yg lagi muda, belum habis belajar dah sibuk fikir soal kahwin. Aduh, kenapa sibuk sangat nak kahwin cepat2 ni? Semua takde komitmen dekat keluarga ke? Takde impian yg mahu dicapai sebelum berkeluarga? Atau memang kahwin muda itu impian sebenar-benarnya?

Aku dah susun elok perancangan aku. Dari habis belajar, bekerja, bantu keluarga hingga aku rasa puas baru aku kahwin. Tapi, bila dapat tekanan dari sekeliling yg sana sini berkahwin; aku rasa sedih.

Aku cuba pujuk hati aku, mesti perancangan Allah itu terbaik untuk aku.

Kalian, titipkanlah sedikit kata2 supaya aku kuat utk tepis tekanan dari org sekeliling. Aku cuba ignore, tapi aku tak mampu 🙁

Kakak

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *