Tebusan RM200,000

Posted on

Ampang: Diculik selama enam bulan, mata ditutup dan dipindah dari satu rumah ke rumah lain.

Itu pengalaman ngeri dilalui dua beradik pelarian Syria di negara mereka selepas diculik empat lelaki yang meminta wang tebusan 10 juta Pound Syria (RM200,000) untuk membebaskan mereka.

Dua remaja itu, Rokaia yang ketika itu berusia lapan tahun dan adiknya Ibrahim, 7, diculik di depan sekolah mereka di Damsyik, Syria oleh empat lelaki selama enam bulan selepas ibu bapa mereka gagal membayar wang tebusan.

Ibunya, Kawthar Ibrahim, 30, berkata, dia dan suami, Mhd Alaa, 40-an, yang menjalankan perniagaan berasaskan ayam berusaha keras membayar wang tebusan itu dengan menjual tanah, emas dan harta lain bagi menyelamatkan anak mereka.

“Kami sanggup menggadaikan semua harta, malah tanah dijual dengan harga murah kerana kami sangat terdesak untuk membayar wang ketika itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *