Taylor Swift Perli Ramai Rakan Artis Dalam Video Klip

Posted on

WOW… Hebat sungguh penangan lagu Look What You Made Me Do, nyanyian Taylor Swift ni! Bayangkan 43 juta kali tontonan di Youtube hanya dalam masa 24 jam sahaja.

BACA: Klip Video Lagu Baharu Taylor Swift Pecah Rekod

Nak tahu tak sebenarnya ada rahsia di sebalik maksud video klip lagu ni. Mungkin kalau anda tak mengikuti perjalanan seni penyanyi ini, anda tidak akan perasan pun.

Taylor kini dikatakan popular dengan penghasilan lagu yang seolah-olah memerli orang di sekelilingnya. Kreatif sungguh ideanya kali ni.

1. Batu nisan tertulis nama Nils Sjoberg.

Kalau anda memang peminat Taylor, anda akan tahu tentang nama Nils Sjoberg yang sebenarnya merupakan nama pena yang digunakan bekas teman lelakinya, Calvin Harris untuk lagu This Is What You Came For. Kasar gurauan Taylor ni, sampai dekat batu nisan ada nama Calvin. Maksudnya di sebalik batu nisan itu ialah seolah-olah Calvin sudah mati dalam ingatannya.

2. Mandi dalam tub bersama berlian dan duit satu dolar.

Baru-baru ni ada satu kes mengenai David Mueller, seorang DJ radio yang telah mencabulnya. Dalam lirik itu juga dia ada menyebut “I don’t like your perfect crime, how you laugh when you lie” menunjukkan perasaan marahnya kepada lelaki tersebut. Wang satu dolar itu pula merupakan simbolik wang ganti rugi yang dimintanya kepada David.

3. Ular.

Semenjak isu kekecohan antara Taylor dengan Kanye West dan isterinya, Kim Kardashian yang menggelar Taylor sebagai ‘ular’ kerana memberi kenyataan yang berbelit-belit hinggakan netizen pun mengejeknya. Dengan sengajanya Taylor memasukkan ular ke dalam video klipnya ini. Dia perli balik.

4. Ejek Katy Perry. 

Taylor sengaja memegang sebuah trofi Grammy Award yang dimenanginya yang mana Katy Perry langsung tidak pernah memenangi anugerah itu. Dikatakan mereka berdua ini bermusuh. Bukan tu saja, Taylor juga telah menggayakan gaya rambut seperti Perry di dalam video klip Waking Up In Vegas.

5. Lapan bekas kekasih.

Tahu kan yang Taylor mempunyai seramai lapan orang bekas teman lelaki… Antaranya ialah Joe Jonas, Taylor Lautner, John Mayer, Jake Gyllenhaal, Conor Kennedy, Harry Styles, Calvin Harris dan Tom Hiddleston. Jadi dia telah menampilkan seramai lapan orang lelaki yang memakai baju bertulis I Heart TS.

7. Tiada lagi Taylor yang lama.

Taylor juga turut menampilkan semula karakternya di dalam setiap klip video lagunya yang sebelum ini. Lihat sajalah transformasi dirinya ini. Dia seolah-olah memerli musuh-musuhnya dan menyalahkan mereka yang membuatkan dia yang ‘lama’ sudah ‘mati’ buat selamanya.

8. Mannequin.

Sebabkan ada segelintir rakan artis yang menganggap Girls Squad yang dibimbing olehnya hanya ‘plastik’ dan hanya menurut sahaja arahan Taylor, dia tampil membawa sekali scene dia mengawal kesemua mannequin tersebut.

9. Perli Kanye West.

Tak habis lagi dengan isu gaduh dengan Kanye West bila dia memotong cakap Taylor ketika MTV Video Music Awards 2009. Lirik perliannya berbunyi  “I’d very much like to be excluded from this narrative,” yang ditujukan kepada West dan isterinya, Kim Kardashian.

Berani betul Taylor Swift ni. Dia perli je semua yang dia nak ke dalam lagunya ni. Memang betul lah Taylor yang dulunya baik dan naive sudah mati… Kita tengok je sama ada lagu ni boleh pergi jauh ke tak sebab dengar-dengarnya lagu baharunya ini bakal flop disebabkan muziknya yang kurang ‘radio friendly’ di pendengaran para peminatnya.  – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *