Tangis air mata darah

Posted on

New Delhi: Seorang kanak-kanak membingungkan doktor di India dengan penyakit misteri yang menyebabkan dia menangis air mata darah.

Ahana Afzal, tiga, mula mengalami pendarahan dari hidungnya dua tahun lalu ketika menghidap pnuemonia.

Bagaimanapun, keadaannya kini lebih teruk apabila darah juga keluar dari mulut, telinga dan matanya hampir setiap hari walaupun tidak ada kesan calar.

Ibu bapanya, Nazima Begum, 28, dan Mohammed Afzal, 33, sudah membelanjakan lebih RM6,000 untuk pemeriksaan tetapi masih belum ada diagnosis rasmi.

Pakar perubatan berkata, Ahana mungkin menghidap hematodrosis, keadaan yang amat jarang berlaku.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *