Tandas

Posted on
Tandas

Tandas

Assalamualaikum dan salam aidilfitri. Terima kasih admin sebab siarkan post ni. Okay straight to the point. Macam-macam tandas awam saya dah pergi, baik di TBS, airport, cinema, R&R ataupun pasaraya, boleh dikatakan 90% tandas awam yang saya pergi berada dalam keadaan tidak bersih dan tidak menyenangkan. Sebelum ni saya tak ambil port sangat pasal benda ni, tapi bila dah selalu sangat jumpa tandas kotor lagi-lagi time cuti raya ni, rasa macam sedih. Sedih dengan segelintir Malaysian yang masih tak tahu nak jaga kebersihan tandas. Jadi di sini saya nak tegur sikit kesalahan yang saya biasa nampak di tandas awam:

1. tak flush. tak perlulah saya mention kat sini rupa pemandangan berharga yang saya nampak bila masuk tandas. bukan sekali dua. apa salahnya flush lepas dah buang hajat tu, bukan susah pun. kalau flush rosak, jirus dengan air. guna common sense. tolong jangan bagi orang lain nightmare dengan hasil pelaburan awak tu

2. tolong buang sampah/tisu/pad ke tempat yang sepatutnya which is TONG SAMPAH dan bukan MANGKUK TANDAS. Tolonglah. Please. ini benda simple. tak perlu common sense yang tinggi pun untuk buat benda ni. jangan susahkan pengguna lain. jangan susahkan cleaner. and lets say tong sampah tu dah penuh, sila rajinkan diri untuk cari tong sampah lain. bukan longgokkan kat atas tong sampah yang dah penuh tadi

3. tak bersihkan sisa-sisa buangan di lantai/mangkuk tandas. bersyukurlah Malaysia ada paip untuk menyenangkan kerja-kerja mencuci. sesetengah negara tak disediakan pun kemudahan ni

ini antara major mistakes yang saya perasan. maaf kalau topik ni buat korang rasa tak senang tapi saya dah tak boleh tahan dah. i need to do something about this and this is the least i can do. come on Malaysian. i believe we are better than this. kata nak Malaysia maju, so kita pun kenalah majukan diri sendiri ye tak. takpa kita ubah slow-slow. yang penting usaha tu ada. mungkin benda ni nampak remeh tapi percayalah, besar impaknya kalau setiap Malaysian pandai jaga kebersihan tandas. adakah kau lupa akan ohh tandas berkualiti, ohh hidup berkualiti?

salam aidilfitri. maaf zahir dan batin

I.R.

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *