Tak Tau Apa Yang Difikirkan…Agak Lama Uncle Ni Berdiri Di Depan Jemaah Yang Bersolat, Rupa-rupanya Dia Sedang …Mesti Tengok Video Ni!!

Posted on

Negara kita diduduki oleh pelbagai bangsa, budaya dan agama. Bangsa yang berbeza juga sebenarnya membuatkan negara kita jadi lebih unik kerana dihiasi pelbagai budaya. Setakat ini, Malaysia masih terasa aman walaupun diduduki pelbagai bangsa dan semoga kekal aman dan makmur.

Sedang tular di media sosial apabila satu video yang merakamkan seorang lelaki tua berbangsa Cina sedang  berdiri tegak dan apa yang menariknya beliau berdiri sambil memerhati pada sekumpulan lelaki sedang bersolat berjemaah di dalam sebuah bangunan di sekitar Jalan Raja Laut.

Rakaman video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna laman facebook iaitu  Mohd Azlan Omar sempat merakam situasi itu ketika ingin menuju kesana untuk solat.

Beliau menceritakan, dia melihat uncle itu  berdiri disitu ketika jemaah sedang bersolat dan ketika itu program yang dijalankan bersama gelandangan baru selesai.
“Dia melihat tanpa berkedip mata dan tangan beliau mengikut apa sahabat-sahabat di dalam bangunan tu lakukan”, tulisnya.
Video yang dimuatnaik kelihatan uncle tersebut seolah olah tertarik dan terpegun dengan alunan suci ayat al-Quran yang dibaca dalam solat. Beliau  juga sempat meninggalkan pesanan supaya umat Islam mengambil pengajaran agar tidak malas dan lalai untuk melakukan solat.
“Oleh yang demikian malulah kita yang beragama Islam lalai dengan tidak melakukan ibadah solat..Ayuh umat Islam solat itu tiang agama,” tambahnya lagi.
Jarang sekali untuk kita  perhatikan perkara sebegini terjadi apatah lagi zaman sekarang. Kita sering didedahkan dengan pergaduhan berlainan kaum sejak kebelakangan ini. Sebab itu apa yang uncle ini cuba lakukan memberi petanda berlainan bangsa tidak semestinya mencerminkan baik buruk seseorang itu. Semoga uncle ini diberikan hidayah daripada Nya.

VIDEO :

MOGA UNCLE TEMUI HIDAYAH

sumber

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *