Tak ramai yang tahu apa itu “Trance Music”, jom kenali apa itu “Trance”

Posted on

Himpunan lagu-lagu rancak yang mampu membuatkan mereka yang mendengar terasa ingin menari. Tidak salah untuk kita mendengar, sememangnya budaya Trance sering dipandang serong oleh masyarakat kerana peminatnya banyak terlibat dengan dadah dan arak. Tetapi tak semua peminat mereka terlibat dengan gejala tersebut. Apa itu “Trance music” ?

Muzik trance adalah salah satu bentuk muzik tarian elektronik (EDM) yang dicirikan oleh irama dan bunyi hipnosis, dengan tujuan untuk membantu anda mencapai kesedaran yang tinggi.

Ia bercirikan tempo lagu rancak yang mampu menghasilkan antara 128 dan 142 denyutan seminit (BPM). Trance telah berkembang menjadi genre tersendiri sejak 90-an dan sejak itu, ia telah berkembang ke dalam pelbagai sub genre yang memukau.

Di Malaysia, Trance music tidaklah begitu mendapat tempat seperti Kpop tetapi mereka mempunyai peminat tersendiri. Trance music dianggap satu muzik yang mampu mengkhayalkan pendengarnya kerana ia seperti susunan-susunan lagu yang rancak dan digabungkan menjadi satu.

Antara artis-artis trance yang berjaya menembusi dunia muzik di Malaysia adalah Alan walker, Tiesto, David Guetta, Armin Van Buren, Axwell Ingrosso, Sweddish House Mafia dan ramai lagi.

Trance music tidak mendapat tempat meluas di Malaysia kerana peminat sering dilabel negatif contohnya “orang yang layan trance ni kaki clubbing”. Tidak dinafikan lagu-lagu trance artis ni banyak berkumandang di kelab-kelab malam tetapi anda pasti pernah mendengar lagu mereka ini di corong-corong radio.

Dari segi penerimaan lagu oleh penduduk di Malaysia, tidak dinafikan penggemar lagu-lagu mereka ini kebanyakannya adalah golongan muda yang gemarkan muzik rancak dan mampu membuatkan sesiapa yang mendengarnya terasa seperti ingin menari.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *