Tak boleh!

Posted on

Johor Bahru: McDonald’s Malaysia kesal dengan tindakan pelanggan membawa anjing ke premis restoran makanan segera berkenaan di Bukit Indah, di sini, kelmarin kerana mengganggu ketenteraman pelanggan lain dan melanggar peraturan.

Pengurusan berkenaan dalam kenyataan media kepada Harian Metro berkata, tindakan dilakukan pelanggan terbabit melanggar kod kebersihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melarang haiwan peliharaan berada di premis makanan, serta peraturan mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurutnya, bertindak atas aduan yang diterima daripada pelanggan, pengurusan restoran makanan segera itu menjalankan proses pembersihan (sertu) dengan serta-merta di ruang lobi luar premis di Bukit Indah dengan panduan daripada pengurusan masjid berhampiran.

“Langkah itu dilakukan susulan tindakan sekumpulan remaja bukan Islam membawa anjing peliharaan mereka dan duduk di ruang lobi restoran berkenaan dalam kejadian, pada malam Ahad lalu.

“Kami (McDonald’s Malaysia) sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan Halal di semua premis kami.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *