Syed Saddiq Cabar Najib Cuba Hidup Dengan RM1,500 Sebulan

Posted on

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencabar Datuk Seri Najib Razak cuba hidup dengan gaji RM1,500 sebulan bagi membuktikan kos sara hidup di Malaysia terendah di kalangan negara Asean.

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencabar Datuk Seri Najib Razak cuba hidup dengan gaji RM1,500 sebulan bagi membuktikan kos sara hidup di Malaysia terendah di kalangan negara Asean.

Ia bagi membuktikan kos sara hidup di Malaysia rendah seperti yang dikatakan perdana menteri sebelum ini.
syed-saddiq-najib2KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencabar Datuk Seri Najib Razak cuba hidup dengan gaji RM1,500 sebulan bagi membuktikan kos sara hidup di Malaysia terendah di kalangan negara Asean.
Beliau yang dipetik Sinar Harian berkata, perdana menteri hanya perlu melalui cara hidup itu selama sebulan untuk menilai sendiri bebanan ditanggung rakyat.
“Cuba beliau hidup dengan gaji RM1,500 seperti kebanyakan rakyat Malaysia. Cuba berbelanja dengan gaji sebanyak itu…boleh hidup tak, senang tak?” soalnya yang memilih jumlah itu kerana mendakwa ia adalah purata gaji kebanyakan rakyat Malaysia.
Beliau mengulas kenyataan Najib yang memetik dapatan tinjauan “Economist Intelligence Unit” tahun ini yang menunjukkan kos sara hidup di Malaysia adalah terendah di rantau Asean.
Tinjauan badan berpusat di Britain itu meliputi 133 bandar raya di seluruh dunia yang mengambil kira harga barangan dan perkhidmatan.
Mengulas dapatan itu, Najib menerusi catatan di blognya pada 21 April lalu berkata, ia hasil pelbagai usaha kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat.
“Namun saya ingin tegaskan pengiktirafan itu tidak bermakna usaha kita meringankan sudah selesai. Malah, masih banyak lagi sedang dan akan kita lakukan untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos barangan,” tulis Najib.
Indeks Harga Pengguna – ukuran inflasi, meningkat 4.5% kepada 119.7 pada Februari lalu berbanding 114.5 pada bulan sama 2016.-Free Malaysia Today

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *