Susulan DJ Kelab Malam Yang Tular Mengaku Tidak Mabuk

Posted on

KUALA LUMPUR – Susulan kes DJ kelab malam yang kini tular di media sosial setelah memuat naik videonya dan memberikan komen kepada anggota polis yang sedang bertugas ketika itu, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Trafik dengan pertuduhan memandu secara bahaya dalam pengaruh alkohol, lapor Berita Harian.

Lelaki berkenaan, Ooi Kok Wei, 31, yang juga seorang penari sambilan, meminta dibicarakan terhadap tuduhan itu yang didakwa dilakukan di Jalan Sungai Besi di sini, pada jam 3.45 pagi, Jumaat lalu.

Beliau didakwa telah memandu sebuah kereta jenis BMW di bawah pengaruh alkohol iaitu 84 miligram (mg) alkohol per 100 mililiter (ml) darah pada ketika itu yang melebihi had yang telah dibenarkan sebanyak 80 mg.

Dia didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM6,000 dan penjara maksimum 12 bulan serta lesen memandu percubaan dibatalkan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan berkenaan telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Hashimah Hashim yang telah menawarkan jaminan berjumlah RM4,000 terhadap tertuduh, namun, peguam Mohamed Nizam Mohamed Fazil memohon supaya mahkamah mengenakan jumlah jaminan yang munasabah, katanya.

Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman kemudian membenarkan Kok Wei dijamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan pada 15 Jun ini sebagai sebutan semula kes.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *