Susah

Posted on

Susah

Assalamualaikum dan hai semua. Saje je nak share cerita dengan korang semua sebab stress study . Dah nak finl kan. Hehe. For intro, aku ni student IPTA di Sabah and aku ni orang semenanjung. Tujuan utama aku nak confess ini just sekadar nak share dengan semua orang agar sama2 boleh mendapat manfaat dari cerita aku ni. Hopefully admin dapat siarkan apa yang aku nak kongsikan ni. Apa yang aku nak ceritakan ni its all about PERCAYA DENGAN REZEKI ALLAH. Okay lets start.

Semua tahu as a student memang tak pernah nak cukup duit kan sehinggakan ada yang terpaksa buat part time sbb nak tampung perbelanjaan. Nak harapkan duit ptptn memang tak cukup lah kan ( bagi aku lah sbb aku study area sabah kan nak beli tiket flight lagi, living kos di sabah dah la tinggi). Kalau student area semenanjung taktahu lah kalau ptptn ni cukup untuk korang sampai habis sem. Kalau aku memang tak cukup lah. Hehehe. Dah berjimat cermat pon still tak cukup. Kira macam cukup2 makan la. Kadang2 nak mintak kat parents pon kena pikir banyak kali. Aku ni bukanlah kaya bukanlah miskin sangat. At middle la. Hehe. Kalau dah betul2 takdak langsung baru mintak. Aku percaya mostly student memang akan hadapi masalah yang sama iaitu duit tak cukup especely dah nak hujung2 sem. Time tu memang maggie la makanan utama kan. Tapi aku nak pesan satu je, walau dalam purse korang ada 5 posen pon, korang bersyukurlah sbb still ada even sikit. Jangan seskali mengeluh or cakap ishh, aku takde duit ahh nak makan. NOPE. Jangan cakap mcm tu sbb itu kira doa tu. Tapi cakap ada tapi cukup2 je ni. Aku pernah la pokai habis ni. Dalam atm ni memang tak boleh nak withdraw dah, dalam purse ada rm1 and ada la syiling berapa sen tah. Nak dijadika cerita, stok makanan aku memang dah habis weh. tinggal biskut 2 bungkus. Aku cakap okay lah tu dari takde. Pastu bila membe2 ajak lepak cafe makan before pegi kelas, aku cakap yang aku dah makan kat rumah. Sebab aku takut duit baki dalam purse aku habis . Aku gerak ah dulu ke kelas. Kebetulan tengah tunggu lect. masuk kelas, aku scroll twitter. Aku terbaca dia twitt ni cakap kita jangan sesekali berkira kalau nak makan. Makan lah apa yang kita nak makan. Takde duit mcm mna pon jangan sesekali ikat perut tak makan. Percaya dengan rezeki Allah. Lebih kurang mcm tu lah ayat dia. Maksudnya kita jangan berkira lah kalau bab makan ni. Maksudnya makan ikut keperluan lah Jangan kau tengah sengkek kau nak melantak Mcd Kfc bagai. Maksudnya makan untuk kau hidup seharian lahh. Kurang lebih mcm tu lah. Okay lepastu aku terfkir balik. Betul ke ek. Kalau aku makan ni, habis la duit aku. Then esok aku nak makan apa kalau duit habis. Incase ada emergency ke. Hahahaha. Hmm. Start esoknya tu, aku makan je kat kafe ikut kemampuan duit aku lah. Aku dah tak berkira dah. Lantaklah duit habis pon. Habis kat makanan takpe. Hahaha. Duit nak habis pon habis lah, asalkan aku kenyang. Kebetulan aku teringat ni ada lah menabung duit syiling 5 posen 5 posen dari sem 1 duu. Tak prnah sentuh pon lah. Aku mula la korek sikit2 duit tabung aku untuk makan. aku limitkan sehari makan bawah rm10. Memang aku dah tak berkira kalau bab nak makan ni. Kadang2 siap boleh belanja membe2 aku makan weh, Takde lah makan mewah2. Makanan ringan2 je lah mcm aiskrim, air gas. Haa gitu2 je lah. Ikut kemampuan.

Lepastu, ada satu haritu, aku tgah wassap akak aku, tanya khabar dia, family aku semua lah. Lepastu dia cakap dia dah bank in rm200 kat aku. aku mcm Allahuakhbar. Rezeki tiba2 dari Allah. Actually, aku memang ada mintak duit dari family aku, tapi dala 2minggu gitu lah, dah dorang pon senyap je tak ckap ape2, aku malas nak paksa2 suruh bank in. Tau2 dorang dah bank in. Aku bersyukur gilaaa. Pastu aku mula fikir, betul twitt bdak tu ahh. Aku cuba nak relatekan dengan apa yang jadi lah. Bilaa kita berkira dengan makanan tak berkira dengan orang, Allah akan gandakan rezeki kita tanpa kita ketahui. Nak dijadikan cerita lagi, seminggu lepastu aku dapat lagi duit hasil jualan time ekspo di uni aku. Ada la sikit walaupun tak banyak aku bersyukur.

Aku nak pesan jugak lah, as a muslim kalau boleh kita buatlah solat sunat dhuha sbb kat situ macam2 manfaat kita boleh dapat kalau kita amalkan. Tapi kena ingat, jangan set solat dhuha nak kaya jaa. Its all about rezeki. Sbb rezeki ni bukan semata2 duit je. Boleh jadi rezeki kerja, anak dapat result bagus and lain2 lah. Sau lagi korang amalkan baca surah Al-Waqiah (betulkan aku kalau aku silap) supaya pintu rezeki terbuka luas. So, dalam hidup ni kita jangan sesekli ragu2 dengan rezeki Allah. Jangan sesekali pertikai kenapa rezeki kita takdak org lain ada sebab Allah bagi or hadirkan rezeki kat HambaNya ikut pada keperluan hambaNya bukan ikut kehendak. Selagi kita percaya yang rezeki kita Allah dah tentunkan plus kita berusaha dan berdoa, in syaa allah Alah akan bagi kerana Allah tu tak kedekut.

So aku rasa itu saja perkongsian yang aku nak share dengan korang. Harap korang dapat manfaat dari cerita aku ni walaupun tak banyak sikit pon jadilah.

Kuntum

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *