Suri rumah didakwa bunuh ibu

Posted on

SURI rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jelebu, hari ini, atas pertuduhan membunuh ibunya di Pekan Jelai, Bahau, bulan lalu.

Tertuduh, M Chinnammah, 52, yang memakai baju lokap jingga menggangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh M Pichai, 70, di rumahnya di Pekan Jelai, Bahau, antara 11.30 pagi hingga 5.20 petang, pada 30 Jun lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Harian Metro pada 2 Julai lalu melaporkan cucu yang menziarahi neneknya terkejut apabila menemui wanita itu meninggal dunia di ruang tamu rumah.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *