Sufi Rashid nafi tukar nama komposer lahu Aku Sanggup kepada Edry KRU untuk layak masuk Muzik-Muzik 32

Posted on

Lagu nyanyiannya itu dicalonkan dengan menggunakan nama komposer, Edry Abdul Halim.

Tegas penyanyi berusia 26 tahun, biarpun idea untuk menghasilkan karya berentak ‘rock kapak’ itu datang daripada dirinya, namun Edry yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembikinan lagu terbabit.

“Saya yang meminta Edry untuk menghasilkan lagu berentak ‘rock kapak’. Bagaimanapun, dari segi susunan muzik, semuanya dilakukan oleh beliau.

“Apabila lagu ini tersenarai ke peringkat seterusnya, saya sangat gembira kerana inilah juga kali pertama saya bertanding dalam program ini.

“Lebih membuatkan saya gementar, saya turut bersaing dengan Dayang Nurfaizah pada minggu yang sama, iaitu pada minggu kedua separuh akhir,” katanya kepada BH Online.

Sufi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media SFMM32 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

ANTARA artis, komposer dan penulis lirik yang hadir pada sidang media Separuh Akhir Muzik Muzik 32 di PWTC.

Isu berhubung penyertaan lagu berkenaan timbul apabila ada yang mendakwa ia ciptaan bekas juara Akademi Fantasia 2015 itu. Berikutan syarat penyertaan Muzik-Muzik hanyalah untuk warga negara Malaysia, ia kononnya menyebabkan Sufi bertindak menukar nama komposer kepada Edry bagi membolehkan lagu terbabit dipertandingkan.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Muzik-Muzik, Nurhul Huda Khalid, tidak melihat wujudnya sebarang isu apabila Aku Sanggup tersenarai sama dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 32.

“Ketika peringkat awal pencalonan, dokumentasi yang kami terima menyatakan lagu itu memang hasil ciptaan Edry. Jadi pada kami, ia sudah cukup untuk membuatkan lagu berkenaan layak dipertandingkan,” katanya.

Persaingan 30 lagu bagi merebut 12 tempat di pentas Anugerah Juara Lagu 32 bakal bermula pada 29 Oktober ini. Peringkat separuh akhir kedua pula akan berlangsung pada 5 November, diikuti separuh akhir ketiga pada 12 November.

Ia akan dipancarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Info:

30 lagu layak ke peringkat separuh akhir MM32:

Minggu Pertama (29 Oktober)

1. Aisyah (dendangan Projektor Band)

2. Akhirnya Cinta (Salma)

3. Bukan Propaganda (Syamsul Yusof & Mawi)

4. Di Sana Cinta Di Sini Rindu (Tajul & Wany Hasrita)

5. Bayang (Khai Bahar)

6. Sejati (Azmi & Caliph Buskers)

7. Mata (Ayda Jebat)

8. Amboi (Altimet)

9. Aku Yang Sebenar (Hazama)

10. Segalanya (Haqiem Rusli)

Minggu Kedua (5 November)

1. Jangan Pernah Berdusta (Aepul Drama Band & Haiza)

2. Aku Sanggup (Sufi)

3. Rempuh (Tomok & Black)

4. Jangan Menangis (Aizat)

5. Harus Aku (Sufian Suhaimi)

6. Zalikha (Floor 88)

7. Warkah Untukmu (Ara Johari)

8. Separuh Matiku Bercinta (Dayang Nurfaizah)

9. Permata Cinta (Aiman Tino)

10. Terus Mencintaimu (Siti Nordiana)

Minggu Ketiga (12 November)

1. Lebih Sempurna (Syamel)

2. Sedalam-Dalam Rindu (Tajul)

3. Berakhirlah Sudah (Atmosfera)

4. Menanti Janji (Ronnie Hussin)

5. Tergantung Sepi (Haqiem Rusli)

6. Lagu Untuk Laila (Akim & The Majistret)

7. Jampi (Hael Husaini)

8. Menahan Rindu (Wany Hasrita)

9. Aku Cinta (Syamel & Ernie Zakri)

10. Sabar (Ismail Izzani)

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *