Suap Baby

Posted on

Suap Baby

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca IIUM Confession.

Terima kasih admin kalau publish cerita ni.

Bila tiba hari raya ni, mesti mak mak baby semua risau saudara-mara, atuk, nenek, atau siapa2 suka-suka je suap benda pelik2 kat mulut anak yang still baby kan?

Aku la salah satu mak yang risau baby disuap. Aku ada seorang anak yang lahir tak cukup bulan dengan low birth weight dan kena duduk NICU immediately lepas lahir, tapi sekarang dia dah 8 bulan. Doktor pesan, kena bagi lebih perhatian kat premature baby ni. Sampai doktor nasihat jangan bawa dia ke tempat public sebelum dia umur setahun.

Beberapa hari lepas, kami sekeluarga makan aiskrim. Sorang sebatang la. Baby aku baru 8 bulan. Biasa la, baby 8 bulan, mula pandai memanjat dan masuk benda dalam mulut. Masa semua orang tengah makan aiskrim, baby aku mula panjat mak mertua aku dan cuba capai ais krim tu. Ayah mertua sibuk suruh letak aiskrim tu kat mulut. Suami aku cakap la, tak payah la ma.. janganla. Lepastu ayah mertua aku kata, sikit je. Letak kat mulut dia kejap. Sikit A few times jugak suami aku kata jangan, tapi mak mertua aku letak jugak. Aku diam je. Nak tegur, takut pulak kecik hati. Lagi pun suami dah cuba tegur, cukuplah.

Aku pernah nampak sebelum ni mak mertua aku cuba suap ais krim kat baby biras & abang ipar aku. Biras aku laju je lari tangkap anak dia dari mak mertua aku dan cakap, Jangan mama. Tak boleh. Teringin nak buat macam tu, tapi tak cukup kekuatan.

Masa baby aku few months old, kami bawa balik kampung. Biasa la, melawat mertua dengan baby baru. Mertua aku cepat2 pergi ambik gula dan garam untuk suap kat baby aku. Katanya tradisi orang zaman dulu untuk suap gula, garam dan asam at baby yang baru lahir, yang first time datang rumah. Ya Allah risau sangat. Masa tu dah la baby aku ada sedikit isu dengan kesihatan. Mujur lepas mertua aku suap, baby aku sembur keluarkan. Baby aku dah belajar menyembur ubat dari umur 2 bulan lagi sebab dia kena makan extra vitamin yang hospital bagi sebab tak cukup bulan. Lepastu, masa kat dalam bilik, aku mengadu kat suami. Dia kata dia pun risau, tapi tak tau macam mana nak tegur.

Harini, ada tetamu datang beraya bawak baby dia yang premiee jugak. Baby tu baru 2 bulan, dan berat dia 2kg je tadi. Almost a month jugak duduk NICU. Macam biasa, mertua aku cepat2 pergi dapur cari gula, garam, dengan asam untuk suap kat baby tu. Allahu. Aku risau sangat masa tu walaupun tu baby orang. 2kg baby is so tiny and very sensitive. Aku datang dekat. Mak mertua aku tengah dukung baby tu. Baby tu tengah tidur. Masa ayah mertua aku nak suap, aku kata la, Tak payah la.. kecik lagi.. , dan ayah mertua aku kata, sikit ja sikit ja. Calit kat bibir dia. Honestly aku tak tau secalit benda2 tu semua harmful ke tak. Tapi tak perlu ambil risiko untuk benda yang takde faedah.

Aku tau lepas ni kalau balik kampung, mesti benda ni akan jadi lagi. Macam mana cara nak elakkan anak aku dari di suap benda-benda yang dia belum ready lagi untuk makan tanpa mengecilkan hati pihak yang nak menyuap?

Benda yang kami dah usahakan:
1. Suami dah tegur parents dia direct, tapi mereka still suap.
2. Aku dah share kat facebook segala peringatan pasal jangan suap baby sebarangan dan artikel yang sewaktu dengannya. (Mertua aku rajin scroll facebook. Dia pernah membincangkan topik status yang aku share kat fb dan kadang2 share post aku. I believe dalam banyak2 artikel pasal suap2 baby ni, mesti ada terbaca satu.)

Please pembaca sekalian aku perlukan jalan.

Terima kasih 🙂

Mama Risau

Sumber & Kredit: iiumc

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *