Suami Ugut Akan Ceraikan Isterinya Sekiranya Isteri Laporkan Kepada Polis Bapanya Rogol Anak Perempuan Mereka

Posted on

Sumber dari Twitter Nabila

Aku pergi ke Emergency Department (ED) kerana temankan kakak aku mengambil steths yang dia tertinggal. Dia posting kecemasan sekarang. Jadi, seorang doktor yang sedang stress itu menceritakan tentang seorang kanak-kanak ini kerana ibu kanak-kanak berkenaan baru saja beredar dari situ.

Seorang budak perempuan iaitu anaknya yang berumur 6 tahun telah datang ke bahagian kecemasan dan mengadu bahawa dia sakit sangat di bahagian kemaluannya. Setelah dibuat pemeriksaan ke atasnya mereka mendapati ada kesan koyakan di alat sulitnya itu. Jadi, doktor dengan segera bertanya kepadanya, dia tinggal dengan siapa? Ibunya berkata dia tinggal dengan datuk dan neneknya.

Setelah selesai pemeriksaan dibuat. Kanak-kanak malang itu akhirnya disahkan telah dirogol oleh datuknya. Apa yang lebih mengejutkan dan langsung tidak disangka adalah neneknya juga tahu akan kejadian yang telah berlaku ini.

Setelah itu, ibu mangsa kemudiannya memberitahu perkara berkenaan kepada suaminya dan apa yang anda sangka selepas isterinya memberitahu perkara ini kepada suaminya?

Suaminya berkata, “kau jangan berani buat laporan polis. Aku akan ceraikan kau nanti”.

Kerana perkara itulah si ibu itu langsung tidak berani bersuara dan takut untuk membuat report polis kerana risau akan diceraikan. Gila dan pentingkan diri nak mampus!

Kemudiannya doktor bersuara,”ini bukannya tentang diri awak dan hubungan awak bersama suami, tetapi ianya berkaitan dengan masa depan anak perempuan awak yang akan terus membesar dalam keadaan yang trauma selamanya. Sekiranya perkara dan perbuatan ini tidak dihentikan, dia akan terus gian dan inginkan seks jika tidak dipantau.

Setelah itu, si ibu akhirnya membuat laporan polis dan seperti yang dijangkakan dia diceraikan selepas itu. Hanya setakat itu sahaja cerita berkenaan yang telah diceritakan kepada saya.

Saya langsung tidak tahu siapakah yang paling bodoh dalam hal ini. Nenek mangsa tahu akan kejadian itu tetapi bertindak mendiamkan diri atau si suami yang sanggup mempertahankan bapanya yang seorang kaki rogol dan menceraikan isterinya tanpa memberikan alasan yang munasabah serta membiarkan anak perempuannya begitu sahaja tanpa berbuat apa-apa.

Mungkin perkara berkenaan telah lama berlaku. Si ibu datang kemari dengan tujuan untuk follow up kes sakitnya yang membuatkan saya berfikir dia telah pun diceraikan. Saya juga menjadi marah apabila mendengar cerita daripada doktor yang disebutkan tadi. Setelah itu doktor berkata,

“You are going to deal with this kind of cases soon, brace yourself.”

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *