Somalia dahaga

Posted on

Kuala Lumpur: Krisis kekurangan makanan berikutan kemarau panjang, ketiadaan air bersih dan penularan wabak penyakit. Itu antara risiko yang terpaksa dihadapi lebih 12 juta penduduk Muslim di Somalia.

Negara berkenaan yang dilanda krisis perang saudara sejak 1991 antara dua jeneral iaitu Hassan Mahdi dan Farrah Aidid tidak terhenti setakat itu saja, malah kini berdepan dengan ancaman kumpulan militan Al-Shabab yang menyatakan sokongan kepada gerakan Daish.

Itu hasil dapatan Islamic Relief Malaysia (IRM) berhubung krisis kemanusiaan yang berlaku terhadap umat Islam di negara tanduk Afrika berkenaan yang memerlukan bantuan khusus.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, hasil dapatan itu diperoleh hasil misi kemanusiaan yang dilaksanakan di beberapa kem penempatan di negara berkenaan minggu lalu.

“Secara asasnya, penduduk Somalia sangat memerlukan bekalan air bersih dan bekalan makanan mentah. Negara ini menghadapi musim kemarau yang amat panjang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Viral Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *